Terma dan syarat

*Data peribadi yang diberikan hanya untuk kegunaan permohonan Nombor Plat Pendaftaran Khas UTHM dan tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013. Terma “data peribadi” adalah sepertimana yang ditakrifkan di dalam PDPA.

1. Pembelian terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Pembeli dibenarkan membida dan membeli lebih dari satu (1) nombor.
3. Nombor pendaftaran khas kenderaan UTHM hanya boleh digunakan untuk daftar kenderaan di Malaysia sahaja.
4. Semua pembelian hendaklah dilakukan melalui bidaan terbuka di laman rasmi portal bidaan UTHM, https://ebida.uthm.edu.my
5. Pembayaran adalah secara perbankan atas talian (FPX, Kad debit dan kredit) dalam Ringgit Malaysia (RM) SAHAJA.
6. Pembida WAJIB membuat bayaran sebanyak RM 50.00 sebagai pas membida sebelum dibenarkan membida sebarang nombor. Pembida dibenarkan membuat bidaan sebanyak 5 nombor plat sahaja pada sesi bidaan semasa SAHAJA.
7. Kesemua keputusan bidaan adalah muktamad dan sebarang rayuan/permohonan perubahan tidak akan dilayan.
8. Pendaftaran dan kegunaan nombor plat kenderaan UTHM masih tertakluk kepada syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
9. Untuk urusan penukaran nama hak-milik nombor plat setelah berjaya dalam bidaan, pembeli hendaklah:-
a. Memberikan nombor kad pengenalan dan nama penuh pemilik baharu nombor plat kenderaan tersebut kepada Pusat Wakaf dan Endowmen dalam masa tiga (3) hari bekerja setelah makluman bidaan berjaya. Pembida hendaklah muat turun borang -> KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG, melengkapkan dan menyerahkan borang tersebut melalui serahan tangan ke Pusat Wakaf dan Endowmen.
b. Resit dan sijil rasmi tawaran nombor plat kenderaan khas UTHM akan dikeluarkan secara automatik selepas bayaran berjaya dilakukan.
10. Status bidaan boleh disemak pada setiap masa ketika tempoh bidaan dibuka. Setelah tempoh bidaan ditutup, bidaan yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel beserta arahan pembayaran. Selepas pembayaran diterima, surat tawaran akan dihantar melalui e-mel.
11. Pemenang boleh mendaftar nombor plat kenderaan khas siri UTHM di JPJ berkaitan selepas 3 hari waktu bekerja dari tarikh diistiharkan sebagai pemenang.
12. Pendaftaran nombor khas kenderaan UTHM perlu didaftarkan dalam tempoh 12 bulan di JPJ Negeri Johor (Taman Daya) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju).
13. Sebarang pindah-milik setelah nombor khas UTHM didaftarkan pada kenderaan hendaklah berurusan dengan bahagian JPJ.
14. Resit dan Surat tawaran asal hanya akan dikeluarkan secara automatik oleh sistem. Pengguna boleh muat turun surat tawaran pada sistem.
13. Segala keputusan bidaan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. UTHM mengamalkan polisi tiada istilah pemberian hadiah justeru itu berharap semua pihak menghormati proses penjualan plat kenderaan khas ini.