- Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?
Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang Dibenarkan untuk mendaftar di Portal eBidaUTHM:
- Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Perniagaan/ Syarikat: Perniagaan/ Syarikat yang berdaftar.
- Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad debit/kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?
Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalam sistem eBidaUTHM.
- Individu: Mengisi dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan.
- Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian: Mengisi dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan. Isi nama syarikat jika ingin mendaftar atas nama syarikat. Setelah menang, bawa sijil rasmi perakuan kelulusan nombor plat ke JPJ Negeri Johor (Taman Daya) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju) bersama dokumen pendaftaran perniagaan yang diperlukan bagi pendaftaran kenderaan di atas nama syarikat.
- Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal eBidaUTHM?
Orang awam atau pengguna portal eBidaUTHM disarankan menggunakan e-mel Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem eBidaUTHM. Untuk e-mel korporat, sila pastikan urusetia e-mel anda membenarkan e-mel dari luar dan juga semak capaian spam.
- Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal eBidaUTHM?
Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam sistem eBidaUTHM sebelum tamat waktu bidaan (jika membida). Jika tidak, maklumat peribadi ini akan dicetak di atas sijil pemenang dan tidak boleh ditukar.
- Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal eBidaUTHM?
Orang awam atau pengguna portal eBidaUTHM disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
- Bagaimanakah kaedah pembayaran belian terus dilakukan?
Pembayaran adalah melalui online banking, kad debit dan kad kredit. Selain itu, kaedah potongan gaji hanya bagi staf UTHM sahaja.
- Apakah yang perlu saya tahu jika saya memilih opsyen skim potongan gaji (untuk staf UTHM sahaja)?
Apabila seseorang staf UTHM berjaya memenangi sesuatu bidaan, dan sekiranya beliau memlih opsyen skim potongan gaji, beliau perlu mencetak sijil perakuan kelulusan nombor plat dan diminta untuk ke Pusat Wakaf Dan Endowmen UTHM untuk mendapatkan pengesahan sebelum dibenarkan untuk mendaftarkan nombor di JPJ berkaitan. Tempoh potongan gaji adalah terhad selama satu (1) tahun sahaja. Potongan gaji akan bermula pada bulan seterusnya dan tamat sehingga bayaran lengkap dalam tempoh 1 tahun tersebut dan mengikut peraturan Bendahari yang sedia ada. Bagi yang memilih opsyen ini dan menang bidaan, sila berikan masa untuk pihak Jabatan Bendahari memproses kelulusan potongan gaji ini. Pihak Jabatan Bendahari akan membuat pengiraan dan memberikan kelulusan terbaik berdasarkan kadar emolumen staf.
- Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?
Pembeli boleh hadir sendiri atau melalui agen yang dilantik ke JPJ Negeri Johor (Taman Daya) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju)
Keperluan dokumen seperti dibawah: i) Cetakan Sijil rasmi perakuan kelulusan nombor plat kenderaan daripada pihak UTHM. ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat dan dokumen berkaitan kenderaan yang ingin didaftarkan.
- Bilakah boleh mendaftar nombor plat khas kenderaan siri UTHM di JPJ?
Pembeli boleh mendaftar nombor plat kenderaan khas siri UTHM di JPJ berkaitan selepas 3 hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan surat kelulusan No Plat UTHM.
- Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?
Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
- Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
- Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?
Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan dan dimajukan ke Pusat Wakaf dan Endowmen UTHM. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.
- Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?
Tarikh bagi tempoh sah No Plat UTHM adalah sehingga 31 Disember 2025 SAHAJA.
- Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem eBidaUTHM?
Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan UTHM di talian 010-8613277 atau 07 453 8583 (En. Azizam)/ 012-9743817 atau 07 453 7557 (En. Azley Ezham – Pusat Wakaf dan Endowmen) untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.
© Ebida | UTHM 2025