Soalan lazim

  • Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?

Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal eBidaUTHM:

  1. Individu: Penduduk Tetap Malaysia (PTM) dan Orang Awam Malaysia (MAL) yang berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Perniagaan/ Syarikat: Perniagaan/ Syarikat yang berdaftar.
  • Apakah syarat untuk mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?

Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad debit/kad kredit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

  • Bagaimana caranya untuk mendapatkan ID bagi membolehkan saya mendaftar dan menggunakan portal eBidaUTHM?

Individu/Perniagaan/Syarikat yang layak boleh membuat pendaftaran ringkas di dalam sistem eBidaUTHM.

  1. Individu: Mengisi dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan.
  2. Perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian: Mengisi dengan tepat maklumat bank bagi memudahkan proses perbankan. Isi nama syarikat jika ingin mendaftar atas nama syarikat. Setelah menang, bawa sijil rasmi perakuan kelulusan nombor plat ke JPJ Negeri Johor (Taman Daya) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju) bersama dokumen pendaftaran perniagaan yang diperlukan bagi pendaftaran kenderaan di atas nama syarikat.
  • Apakah jenis e-mel yang sesuai untuk digunakan semasa pendaftaran di portal eBidaUTHM?

Orang awam atau pengguna portal eBidaUTHM disarankan menggunakan e-mel Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem eBidaUTHM. Untuk e-mel korporat, sila pastikan urusetia e-mel anda membenarkan e-mel dari luar dan juga semak capaian spam.

  • Bagaimanakah sekiranya terdapat perubahan maklumat butir peribadi setelah pendaftaran dilakukan di portal eBidaUTHM?

Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam sistem eBidaUTHM sebelum tamat waktu bidaan (jika membida). Jika tidak, maklumat peribadi ini akan dicetak di atas sijil pemenang dan tidak boleh ditukar.

  • Apakah browser yang sesuai untuk menggunakan portal eBidaUTHM?

Orang awam atau pengguna portal eBidaUTHM disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.

  • Berapa lamakah tempoh bidaan untuk satu (1) siri nombor kenderaan berlangsung?

Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama 4 hari dan tamat pada pukul 11.59 Hrs pada hari keempat (4)*(Kecuali jualan pada hari istimewa seperti 11.11 / 12.12). Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank. * Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses. Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.

  • Adakah pembida perlu membuat bayaran sebelum membida?

Pembida perlu membuat bayaran sebanyak RM 50.00 sebagai pas membida sebelum dibenarkan membida sebarang nombor. Pembida dibenarkan membuat bidaan sebanyak 5 nombor plat sahaja pada sesi bidaan semasa SAHAJA. Bayaran sebanyak RM50.00 tersebut merupakan hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan. Pembida yang berjaya memenangi sesuatu bidaan nombor perlu membayar jumlah keseluruhan nilai bidaan nombor plat tersebut.

  • Bagaimana penentuan harga bidaan dikira?

Setiap nombor kenderaan mempunyai kategori dan nilai ditentukan mengikut jadual berikut:

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah RM 50.00 dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

  • Bolehkah pembida menarik balik bidaan?

TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.

  • Adakah pembida akan menerima apa- apa makluman semasa tempoh bidaan?

Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang dibida akan dikemaskini di dalam “Akaun saya” atau pemberitahuan e-mel.

  • Bilakah keputusan rasmi bidaan diumumkan?

Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.

  • Bagaimana untuk mengetahui jika pembida telah menang/gagal bidaan?

Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal. Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal eBidaUTHM melalui pilihan menu “Bidaan Saya”.

  • Bagaimanakah kaedah pembayaran bidaan dilakukan?

Pembayaran adalah melalui online banking, kad debit dan kad kredit. Selain itu, kaedah potongan gaji hanya bagi staf UTHM sahaja.

  • Apakah yang perlu saya tahu jika saya memilih opsyen skim potongan gaji (untuk staf UTHM sahaja)?

Apabila seseorang staf UTHM berjaya memenangi sesuatu bidaan, dan sekiranya beliau memlih opsyen skim potongan gaji, beliau perlu mencetak sijil perakuan kelulusan nombor plat dan diminta untuk ke Pusat Wakaf Dan Endowmen UTHM untuk mendapatkan pengesahan sebelum dibenarkan untuk mendaftarkan nombor di JPJ berkaitan. Tempoh potongan gaji adalah terhad selama satu (1) tahun sahaja. Potongan gaji akan bermula pada bulan seterusnya dan tamat sehingga bayaran lengkap dalam tempoh 1 tahun tersebut dan mengikut peraturan Bendahari yang sedia ada. Bagi yang memilih opsyen ini dan menang bidaan, sila berikan masa untuk pihak Jabatan Bendahari memproses kelulusan potongan gaji ini. Pihak Jabatan Bendahari akan membuat pengiraan dan memberikan kelulusan terbaik berdasarkan kadar emolumen staf.

  • Sekiranya pembida mengalami masalah berkaitan kad kredit / kad debit seperti transaksi penolakan dan bayaran balik, kepada siapakah harus pembida rujuk?

Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit / kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit / kad debit (issuer).

  • Apakah dokumen yang perlu dibawa ke JPJ bagi proses pendaftaran nombor kenderaan?

Pemenang boleh hadir sendiri atau melalui agen yang dilantik ke JPJ Negeri Johor (Taman Daya) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju) dan perlu membawa dokumen seperti dibawah: i) Cetakan Sijil rasmi perakuan kelulusan nombor plat kenderaan daripada pihak UTHM. ii) Salinan Kad Pengenalan/Salinan Identiti Pengenalan Syarikat dan dokumen berkaitan kenderaan yang ingin didaftarkan.

  • Bilakah boleh mendaftar nombor plat khas kenderaan siri UTHM di JPJ?

Pemenang boleh mendaftar nombor plat kenderaan khas siri UTHM di JPJ berkaitan selepas 3 hari waktu bekerja dari tarikh diistiharkan sebagai pemenang.

  • Apakah yang akan berlaku jika pendaftaran nombor kenderaan tidak dilakukan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Tawaran?

Surat Tawaran yang diberikan akan dianggap luput dan tidak sah. Bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

  • Apa yang berlaku jika pembida tidak mahu menerima nombor pendaftaran yang dimenangi?

Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.

  • Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama?

Nombor kenderaan yang dimenangi boleh ditukar nama kepada keluarga terdekat sahaja iaitu ibu/bapa/suami/isteri/ adik beradik/anak dengan mengemukakan sijil kelahiran, sijil nikah dan dokumen lain yang berkaitan dan dimajukan ke Pusat Wakaf dan Endowmen UTHM. Pertukaran nama melibatkan Syarikat/ Pertubuhan/ Koperasi TIDAK dibenarkan.

  • Adakah nombor kenderaan yang dimenangi boleh dibuat permohonan lanjutan tempoh pendaftaran?

Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.

  • Apakah saluran yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat apa- apa pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan sistem eBidaUTHM?

Sila hubungi pegawai Khidmat Pelanggan UTHM di talian 010-8613277 atau 07 453 8583 (Izar)/ 8586 (Pusat Wakaf dan Endowmen) untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.

© Ebida | UTHM 2020